Wednesday, October 7, 2009

Mengejar kelebihan Syawal dan merindui Ramadhan

Kedatangan Syawal satu detik yang amat dinantikan oleh seluruh umat Islam yang telah berjuang selama sebulan di Bulan Ramadhan. Kejayaan mengatasi godaan dan ancaman hawa nafsu dan menahan dari makan dan minum bukanlah suatu yang mudah melainkan dengan keimanan dan kekuatan sifat jujur dalam diri. Kini tiba Syawal untuk sama raikan dengan penuh kegembiraan.

Namun dalam kegembiraan menyambut Syawal janganlah pula kita hiasi dengan pelbagai perkara yang mungkin mengundang kedukaan buat diri dan insan yang lain dan lebih-lebih lagi mengundang kemurkaan dari Allah. Bersama meraikan Syawal dalam keadaan keredhaan Allah dan kegembiraan bersama adalah suatu nikmat yang sebenar.

Penuh harapan juga agar kita terus berdoa agar dipanjangkan usia untuk dapat bertemu kembali dengan Ramadhan pada tahun yang akan datang.

Salam Aidil Fitri dan Selamat Berbahagia

No comments:

Post a Comment