Sunday, October 11, 2009

ALAM WARDEN

Kerja terbesar yang pernah aku buat dalam hidup aku ialah menjadi Warden Asrama kepada sebuah sekolah SMKA yang berstatus elit kat bandar Jerantut ni. Tugas yang berat dan mencabar kewibawaan aku sebagai seorang pendidik.

Kerja yang berat tetapi dengan penuh kesungguhan dan keazaman akan menjadi mudah untuk dilakukan. Berpegang kepada prinsip hidup bahawa kerja yang kita lakukan adalah atas minat dan ibadah maka aku lakukan tugas ini dengan hati yang lapang dan terbuka.

Perkongsian dengan para warden yang lain nak aku sampaikan, anggaplah tugas warden yang kita pikul itu satu kerja yang kita minat dan suka walaupun terpaksa kita terima. Dengan itu barulah keikhlasan datang dalam melakukan tugasan. Kejayaan anak didik yang kita jaga juga merupakan satu kepuasan dalam tugas. Insyaallah kerja yang kita buat atas keikhlasan dan kejujuran maka hasilnya Allah jua yang membalasnya Amin.

No comments:

Post a Comment