Tuesday, October 20, 2009

KULIAH MAGHRIB 20.10.2009

Menyampaikan kuliah Maghrib disurau sekolah pada hari Selasa 20.10.2009

Amanah Allah kepada manusia

Menyedarkan diri bahawa manusia adalah makhluk yang telah menerima kesanggupan dari Allah untuk menerima amanah yang terbesar di atas muka bumi ini setelah Allah memberikan tawaran kepada segala makhluk yang lain untuk memakmurkan bumi namun tiada kesanggupan. Manusia yang penuh dengan kezaliman dan kejahilan menerima amanah tersebut dalam keadaan yang redha. Kini menjadi satu tanggungjawab yang besar kepada manusia untuk menunaikan amanah tersebut. Amanah menyampaikan agama Allah (Islam) dan menegakkan kebenaran kepada sesama manusia menjadi satu kewajipan kepada manusia untuk menunaikan.

Besarlah harapan agar amanah ini terus diwar-warkan agar Islam dan kebaikan terus tersebar di atas muka bumi dan masih ada manusia yang masih cintakan agama melebihi cintakan dunia. Ya Allah, kau jadikanlah diri ini dan anak didikku ini insan yang cintakan Engkau melebihi cintakan dunia dan meneruskan agenda menyebarkan agamaMu ini keserata dunia. Amin Ya Allah.

Sunday, October 11, 2009

ALAM WARDEN

Kerja terbesar yang pernah aku buat dalam hidup aku ialah menjadi Warden Asrama kepada sebuah sekolah SMKA yang berstatus elit kat bandar Jerantut ni. Tugas yang berat dan mencabar kewibawaan aku sebagai seorang pendidik.

Kerja yang berat tetapi dengan penuh kesungguhan dan keazaman akan menjadi mudah untuk dilakukan. Berpegang kepada prinsip hidup bahawa kerja yang kita lakukan adalah atas minat dan ibadah maka aku lakukan tugas ini dengan hati yang lapang dan terbuka.

Perkongsian dengan para warden yang lain nak aku sampaikan, anggaplah tugas warden yang kita pikul itu satu kerja yang kita minat dan suka walaupun terpaksa kita terima. Dengan itu barulah keikhlasan datang dalam melakukan tugasan. Kejayaan anak didik yang kita jaga juga merupakan satu kepuasan dalam tugas. Insyaallah kerja yang kita buat atas keikhlasan dan kejujuran maka hasilnya Allah jua yang membalasnya Amin.

Wednesday, October 7, 2009

Lubuk Pelang dan sejarahnya

Setakat yang aku hidup ni, Sejarah sebenar Lubuk Pelang belum dapat aku dengar secara jelas. Cuma kekadang tu dapat cerita dari mulut kemulut mengatakan sejarah dahulu mendapati bahawa Lubuk Pelang merupakan tempat perkampungan masyarakat awal bagi kampng sekitar kawasan tersebut. Terdapatnya sebuah makam yang dibina kemas dipuncak bukit berhampiran dengan Lubuk Pelang. Sekitar kawasan tersebut terdapat juga tanda-tanda perkuburan lama masyarakat dahulu yang telah mendiami kawasan tersebut.

Kini kawasan Lubuk Pelang telah dibiarkan begitu sahaja tanpa penjagaan rapi dan hanya dikunjungi oleh pencari ikan disekitar kawasan Lubuk Sungai Pahang. Mungkin suatu hari nanti kawasan tersebut boleh dibangunkan untuk dijadikan kawasan pelancongan dan pusat rekreasi. ????////

Mengejar kelebihan Syawal dan merindui Ramadhan

Kedatangan Syawal satu detik yang amat dinantikan oleh seluruh umat Islam yang telah berjuang selama sebulan di Bulan Ramadhan. Kejayaan mengatasi godaan dan ancaman hawa nafsu dan menahan dari makan dan minum bukanlah suatu yang mudah melainkan dengan keimanan dan kekuatan sifat jujur dalam diri. Kini tiba Syawal untuk sama raikan dengan penuh kegembiraan.

Namun dalam kegembiraan menyambut Syawal janganlah pula kita hiasi dengan pelbagai perkara yang mungkin mengundang kedukaan buat diri dan insan yang lain dan lebih-lebih lagi mengundang kemurkaan dari Allah. Bersama meraikan Syawal dalam keadaan keredhaan Allah dan kegembiraan bersama adalah suatu nikmat yang sebenar.

Penuh harapan juga agar kita terus berdoa agar dipanjangkan usia untuk dapat bertemu kembali dengan Ramadhan pada tahun yang akan datang.

Salam Aidil Fitri dan Selamat Berbahagia

Blog Pertama dihasilkan

Hari pertama aku berjaya membina blog untuk berkongsi dengan semua bloger berkaitan dengan diri dan segalanya.

Tahniah kepada rakan yang telah membantu untuk mencapai kejayaan membina blog ni. Bukan ape cuma kawan ni takut sikit untuk mengiklankan diri tapi ibarat kata apa yang ada tu kalau tak kongsi ramai rugi. Jadi selamat berkongsi maklumat dan bersedialah untuk terus bersama