Sunday, January 30, 2011

Mendengar ceramah dari Ustaz Kazim

Senangnya diceritakan untuk memasuki syurga Allah tapi penuh dengan syarat untuk mendapatkannya. Kaum wanita untuk memasuki syurga taatilah kemahuan suami. Buat airpun dapat pahala macam setahun puasa sunat. Banyaknya pahala buat kaum perempuan. Lyanlah suami anda ibarat raja dalam rumah untuk mendapatkan nikmat syurga Allah.
Tahu kemahuan suami hatta batuk suamipun dia tahu apa kemahuan suami. Mereka faham dan tahu memahami kehendak suami. Contohilah Saidatina Khadijah, Nabi sangat berdukacita sewaktu kewafatan Saidatina Khadijah.
Burung yang terbang dilangit pun memohon ampun buat isteri yang taat kepada suaminya. Masyaallah besarnya anugerah Allah.

Musim hujan masih belum berakhir

Setelah melalui Disember dan kini menjelang penghujung Januari hujan kembali melanda. Alhamdulillah nikmat Allah tidak terbilang dan dengan harapan esok hari panas menjelang mengantikan hujan yang telah turun sejak beberapa hari yang lalu. Namun dalam kesedaran dapat disedari bahawa hujan yang Allah turunkan merupakan nikmat yang besar kepada umat Nya. Bersyukurlah Allah kurniakan segala nikmat. Sesungguhnya dalam sesuatu perkara itu penuh dengan hikmah dan keajaiban kurniaan Allah.